Assalamualaikum. Para pelajar merupakan antara kelompok yang tergolong didalam kelompok fisabilillah tanpa mengira peringkat umur mahupun latar belakang teras pendidikan yang diambil, dan sebagai seorang pelajar, mereka akan berdepan dengan peperiksaan sama ada ujian bulanan atau tahunan terutamanya peperiksaan penting Sijil Peperiksaam Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Justeru itu Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dengan ini ingin berkongsi peluang dengan semua dalam usaha kami untuk membantu dan meringankan beban para pelajar terutamanya kelompok yang memerlukan yang bakal menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah sekitar Johor. Kami akan menyediakan makanan sarapan pagi kepada para pelajar.

Statistik negara menunjukkan bahawa pendapatan bersih rakyat semakin menguncup dan kuasa beli rakyat semakin terjejas. Kenaikan harga ini mengakibatkan bahagian peruntukan membeli makanan semakin menguncup sebagai contoh kenaikkan harga minyak masak, harga ayam meningkat dan pelbagai lagi. Sehingga mengakibatkan sesetengah keluarga terpaksa mencatu bahagian makanan sedangkan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara kita.

Semoga usaha kecil yang dijana ini dapat dijadikan sebagai amal jariah kita semua terutamanya para penderma yang mana berkekalan dan terus mengalir seperti banyaknya air di lautan. InsyaAllah setiap kebaikan yang kita lakukan itu dirahmati Allah, “Mudahkanlah urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita semua”, Amin Ya Allah Ya Mujib.

Firman Allah SWT :
“ Siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah ) maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245
Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan”.
(HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)
Jom #BuatBaik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah,
Atas limpah dan kurnia-Nya, Program Sarapan Pagi Pelajar telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 5 Oktober 2022 bersamaan Hari Rabu. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama daripada pihak Madrasah Tahfiz dan agihan dibuat kepada para pelajar yang bakal menjalani Peperiksaan UPKK bagi sesi persekolahan 2022. Semoga para pelajar yang terlibat dengan peperiksaan ini dapat menjalani ujian tersenut dengan tenang dan jayanya serta memperolehi keputusan yang cemerlang, In Shaa Allah, Amin Ya Allah Ya Mujib
Alhamdulillah syukur, semoga Allah membalas segala usaha kita didunia dan di akhirat,
In Shaa Allah,
Amin Ya Allah Ya Mujib.
Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua penginfaq.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini